14 June 2011

ulasan pasal rawatan laser

Assalamualaikum....


wahhhh ramai betul yang minat dengan entry pasal ku buat rawatan laser hari tu...dah ramai sangat yang tinggalkan komen ku ucapkan tq..

meh sini ku nak ulaskan lagi ekk..sbb ada kengkawan yang dok tanya kan..sambungan dari entry ini ku jawab semua

fisrt sekali..ku nasihatkan korang pergi lah buat check up dulu ngan doktor pakar..macam aku dulu..aku mula2 pergi ke klinik panel then citer lah masalah ni..dia pun tak dpt buat pasal aku nk buang biji2 kat muka aku tu..then dia pass kes aku ke putrajaya..

so,aku pun ke putrajaya bawak sekali surat dr doktor tuk jumpa ngan doktor kat putrajaya..tp bila kita bawak surat refer,nurse kat sana terussss bawak kita masuk bilik menunggu,tak yah nak beratur panjang2 tunggu nombor..

tetapi mungkin nasib aku baik kot hari tu...nurse tu bila baca surat aku tu terus dia call jabatan dermatologi HKL untuk tanya pasal aku ni..then dia terus buat appoiment tuk aku dapat kan date tuk jumpa doktor pakar.

perlu di ingatkan kengkawan,hospital gomen ni biasa lah date yang dpt tu bukan dalam minggu mahu pun bulan..aku tunggu 4 bulan okey untuk jumpa doktor pakar dulu..belum masuk bilik bedah lagi ni..

bila dah jumpa..doktor pakar akan check tahap kulit kita..jenis biji2 tu..boleh buang ke idak..ada kesan sampingan ke idak,seperti contoh ada kencing manis ke tak..macam2 lah dia check dulu..itu sbb kengkawan sy syor kan korang pergi ke hospital atau klinik2 yang boleh di percayai..

then bila dah check semua bagus untuk kulit muka eden ni..dia pun akan bg lagi satu tarikh untuk masuk bilik bedah buat mini operation..dan tarikh yg aku dapat itu 5 bulan akan datang..see see..!! but aku keje gomen nak tak nak kena lah tunggu sbb pki GL..klu kat hospital swasta ku dah tanya sekali treatment makan lima enam ratus..*pengsan okey bg yg gaji ciput macam ku*

then bila sampai tarikh tu ku gagah kan diri lah jugak pergi..fisrt dia dah pesan dtg 1 jam awal dr masa yg dia bg tu..sbb dia akan pakai kan cream putih2 tu 1 jam kat biji2 yang kita nak buang tu..untuk kurang2 kan sakit time kena laser *but sakit jugak skit2* tapi boleh di tahan lagi..

bila dah setel,kulit kita akan merah2 bengkak2 lah skit tempat yang di buang tu,tapi takda pape yang serius..cuma doktor akan pesan supaya kita selalu pakai cream yang dia bagi,buat 2 3 hari kalau boleh tak payah lagi pakai pencuci muka dan bedak..kasi itu merah2 dan bengkak dah kering dah elok baru lah nak tibai make up 14 inci pun takpa.,

parut kesan buang2 biji tu adalah dalam 1 bulan kot..lepas tu dah makin hilang dah hitam2 tu..klu macam aku lepas dia dah kering dah elok..aku susuli dengan pakai bio oil tambah cream yang doktor tu kasi..sooo cepat lah skit..setakat parut macam tu kecik2 akan hilang nnt..lain lah kalau parut eksiden ke apa ke yang jenis besar2 tu tak tau lah plak aku mcm mana..

but alhamdulillah..skrg dah masuk 2 kali treatment parut2 kecik ni dah makin hilang dah..soo korang yang nak buat treatment macam aku ni jgn lah risau..lebih baik ada parut kecik2 dari ada biji2 yang makin lama makin banyak dan makin besar..so pilih lah nak yang mana satu...

aku tak kisah ada parut kecik2 ni..klu hilang itu adlh satu rahmat..klu tak hilang tak jadi apa pun.,.,yang penting aku sihat dan biji2 kat muka aku ni dah tak makin banyak dan makin besar..biji2 ni juga doktor tu kata di sebabkan genetik antara faktor nya..sebab nenek mak makcik2 aku semua ada..lagi2 nenek aku siap ada tepi mata lagi sebesar duit 5 sen..masa nenek aku buat operate mata dulu dia ada mintak doktor buang terus..tp doktor tak nak buang sbb nenek aku ada kencing manis..nnt lambat nak sembuh.

itu lah yg buat aku terpanggil nak buang benda2 ni..nnt makin besar susah..buat2 nya mana tau nnt aku kena kencing manis.,.lagiiiii susah nak buang dah.

biasa lah sakit tu..tp kena lah tahan jugak..

okey tak penerangan aku ni..?? tuk treatment yang kali ketiga ni korang tau bila.??? hahahaha aku dapat bulan 9 okey..seminggu lepas raya..haa hambik ko..but syukur sbb free jer..alhamdulillah.


toceh


3 comments:

Sha Shida said...

assalamualaikum, nak tanya cmna prosedur yer kalu nk jumpa doktor pakar kulit hospital kerajaan yer?

Dila said...

Klau lepas laser tak payah pkai pencuci muka langsung ke? Habis klau tak make up then kena cahaya matahari takpe ke? Sbb tak pkai pape..

mey ahmad said...

salam kak.
Laser untuk cerah kan bibir boleh buat kt hospital x?

Blogger templates

Related Posts with Thumbnails